Thursday, January 1, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru

Asslalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salam perjuangan kepada sahabat semua.
Tahun 2009 telah tiba. Disambut dengan azam dan tekad yang utuh untuk sahabat semua terus didalam perjuangan menegakkan keadilan. Dalam kepayahan, tahun 2008 diharungi dengan sabar dan kejayaan Pakatan Rakyat pada PRU12 menakluk 5 negeri adalah satu hadiah yang amat membanggakan. Gabungan usaha keras Pimpinan parti dengan kerjasama reformis, serta kepercayaan rakyat, kita harus sedar bahawa mandat ini perlu didokong dengan penuh tanggungjawab. Kedatangan 2009 ini diharap dapatlah lagi mengeratkan lagi hubungan dalam Pakatan Rakyat demi membela dan memperjuangkan hak rakyat.
Banyak perkara yang perlu dilaksana, ini tidaklah semudah yang disangka. Kesibukan melanda dalam menjalankan tanggungjawab yang berat, tekanan yang diterima dari segenap segi diharap mematangkan diri. Yang penting, masalah rakyat perlu diselesai, krisis dan propaganda perlu ditangani dengan kesabaran. Kami berharap pakatan rakyat dapat terus mentadbir dengan jujur dan amanah dalam mengharungi hari-hari mendatang.
Sekian.

Sunday, December 28, 2008

Kenyataan Media - ISU MP KAPAR

Saya ingin menggesa dan merayu kepada semua pemimpin Pakatan agar berhenti mengemukkan perbezaan serta pertentangan mereka melalui media, terutama yang dikuasai parti pemerintah BN. Ini termasuk MB Selangor serta MP Kapar dan juga Speaker Selangor serta MP Kelang.

Merka harus duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian secara dalaman. Ada beberapa saluran dan prosedur bagi berbuat demikian.

Oleh kerana Presiden, Dr Wan Azizah Ismail dan Ketua Umum, Sdr Anwar Ibrahim berada di laur negara sehingga 6hb Januari, saya akan memanggil mesyuarat Biro Politik hari Rabu ini, untuk membincang semua perkara berkatan dan mencari penyelesaian.

Masalah ancaman MP Kapar hendak keluar dari PKR sudah terlalu dibesar-besarkan oleh sesetengah media yang dikuasai oleh part pemerintah. Mereka menyelewengkan sesetengah kenyataan pemimpin Pakatan untuk menunjukkan gabungan itu berpecah.

Memang jelas, tujuan mereka ialah untuk menarik perhatian awam dari kemelut dalam BN dan juga parti-parti komponen utmanya, terutama sekali menjelang pilihanraya kechil Kuala Terengganu.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden PKR (husinsa23@yahoo.com)
28 Disember 2008

Friday, December 26, 2008

Buat Sahabat

Salam Perjuangan untuk sahabat yang bersungguh dalam perjuangan.
Banyak isu peribadi diluahkan. Banyak perkara dibangkitkan. Banyak timbul rasa kekecewaan. Perlu diri ada kesabaran dalam membendung segala kelemahan.
Akhir- akhir ini kita banyak disajikan dengan pelbagai isu, baik dinegeri yang menang ataupun yang kalah. Tatkala Reformis marah dan kecewa sehingga timbul isu tidak mengenang budi, cubalah kita fikirkan sejenak mengapa jadi begini. Dalam arus perjuangan, saya amat berharap para reformis yang diketaui kekentalannya mestilah mempunyai daya kepimpinan untuk memegang jawatan. Bukan sesuatu yang memalukan menawarkan diri sebagai ketua, jangan menolak jika ditawarkan sekiranya diri terasa layak memikul tanggungjawab. Jangan gentar dan belajar memegang jawatan, Jangan kecewa jika tersingkir, mestilah terus dalam perjuangan. Marahkan individu, janganlah sesekali membenci parti dan memencil diri. Tangani segala dengan hemah dan ilmiah.

Haniff Hosman

Sekalung Tahniah

Salam,
Tahniah diatas Perlantikan kepada Ketua-Ketua Perhubungan Negeri yang baru. Semoga kita bekerja dengan lebih gigih lagi dalam usaha memantapkam perjuangan. Buang yang keruh, ambillah yang jernih.

Haniff Hosman

Friday, October 17, 2008

Terkini !!!

Terkini: Cheng Lee Whee, 28 (SUARAM JB SEKETERIAT) ditahan dibawah akta ISA Seksyen 28 atas penyebaran maklumat tentang Kg Baru Plentong tengah. Atas arahan Dsp Mat Nor pada jam 10.45 malam ini. Harap maklum.

Thursday, July 3, 2008

SEKITAR KONGRESS KEADILAN


Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan Malaysia

2 Julai 2008, Nafikan Penglibatan, Najib Berbohong!

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat penafian yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak adalah merupakan satu pembohongan di sebalik penafian yang sangat dangkal dan langsung tidak mencerminkan wujud kesahihan di sebalik kenyataan beliau.

Pembohongan beliau bahawa beliau tidak terlibat di dalam laporan songsang yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan tergambar jelas melalui fakta-fakta di sebalik kenyataan bercelaru yang dibuat Najib semalam.


Kenyataan Najib bahawa kehadiran Saiful bertemu Pegawai Khasnya pada 12 Februari lepas ‘untuk mendapatkan sokongan permohonan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran’ juga menimbulkan pertikaian besar. Bagaimanakah seorang bekas mahasiswa yang menamatkan pengajian awal boleh memohon biasiswa?

Dalam keadaan pertemuan tersebut dibuat sehari sebelum pembubaran Parlimen (13 Februari 2008), dan Saiful juga mula bertugas sewaktu kempen Pilihanraya Umum Ke-12 bermula, apakah ’sekadar satu kebetulan’ pertemuan tersebut berlaku di Pejabat Timbalan Perdana Menteri?

Apakah wujud elemen rasuah di sebalik ‘ganjaran biasiswa’ yang ditawarkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri ke atas Saiful sehingga sanggup melacurkan maruah diri untuk membuat laporan songsang sebagaimana yang didakwa?

AMK mencabar Najib untuk menafikan bahawa wujud satu pertemuan sulit yang melibatkan beliau dan Saiful dengan disertai oleh beberapa orang lain beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful pada 28 Jun 2008.

AMK percaya bahawa wujud kerjasama terancang yang melibatkan Najib dan kuncu-kuncunya dalam konspirasi ini, bertujuan untuk mengelakkan pendedahan gempar Raja Petra Kamaruddin melalui Perakuan Sumpah beliau mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

AMK secara terbuka juga membuat tawaran kepada mana-mana pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara yang berjiwa besar untuk tampil ke hadapan memberikan informasi-informasi berkaitan dengan komplot konspirasi terancang yang melibatkan Najib, Musa Hassan dan Abdul Gani Patail untuk merencana laporan songsang ini yang bertujuan untuk mewujudkan provokasi yang boleh memberikan keuntungan politik kepada Umno-BN.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia