Sunday, December 28, 2008

Kenyataan Media - ISU MP KAPAR

Saya ingin menggesa dan merayu kepada semua pemimpin Pakatan agar berhenti mengemukkan perbezaan serta pertentangan mereka melalui media, terutama yang dikuasai parti pemerintah BN. Ini termasuk MB Selangor serta MP Kapar dan juga Speaker Selangor serta MP Kelang.

Merka harus duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian secara dalaman. Ada beberapa saluran dan prosedur bagi berbuat demikian.

Oleh kerana Presiden, Dr Wan Azizah Ismail dan Ketua Umum, Sdr Anwar Ibrahim berada di laur negara sehingga 6hb Januari, saya akan memanggil mesyuarat Biro Politik hari Rabu ini, untuk membincang semua perkara berkatan dan mencari penyelesaian.

Masalah ancaman MP Kapar hendak keluar dari PKR sudah terlalu dibesar-besarkan oleh sesetengah media yang dikuasai oleh part pemerintah. Mereka menyelewengkan sesetengah kenyataan pemimpin Pakatan untuk menunjukkan gabungan itu berpecah.

Memang jelas, tujuan mereka ialah untuk menarik perhatian awam dari kemelut dalam BN dan juga parti-parti komponen utmanya, terutama sekali menjelang pilihanraya kechil Kuala Terengganu.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden PKR (husinsa23@yahoo.com)
28 Disember 2008

Friday, December 26, 2008

Buat Sahabat

Salam Perjuangan untuk sahabat yang bersungguh dalam perjuangan.
Banyak isu peribadi diluahkan. Banyak perkara dibangkitkan. Banyak timbul rasa kekecewaan. Perlu diri ada kesabaran dalam membendung segala kelemahan.
Akhir- akhir ini kita banyak disajikan dengan pelbagai isu, baik dinegeri yang menang ataupun yang kalah. Tatkala Reformis marah dan kecewa sehingga timbul isu tidak mengenang budi, cubalah kita fikirkan sejenak mengapa jadi begini. Dalam arus perjuangan, saya amat berharap para reformis yang diketaui kekentalannya mestilah mempunyai daya kepimpinan untuk memegang jawatan. Bukan sesuatu yang memalukan menawarkan diri sebagai ketua, jangan menolak jika ditawarkan sekiranya diri terasa layak memikul tanggungjawab. Jangan gentar dan belajar memegang jawatan, Jangan kecewa jika tersingkir, mestilah terus dalam perjuangan. Marahkan individu, janganlah sesekali membenci parti dan memencil diri. Tangani segala dengan hemah dan ilmiah.

Haniff Hosman

Sekalung Tahniah

Salam,
Tahniah diatas Perlantikan kepada Ketua-Ketua Perhubungan Negeri yang baru. Semoga kita bekerja dengan lebih gigih lagi dalam usaha memantapkam perjuangan. Buang yang keruh, ambillah yang jernih.

Haniff Hosman